Tuesday, March 22, 2011

Luahan Hati Sang Puteri...

Tatkala hening malam melabuhkan tirainya.
 Saat  jari mula menyusun kata...
Ungkapan bait-bait syadu yang mengisi rona sukma..
Yang dikala ini sunyi kekosongan mendamba kasih insan yang setia...

Namun,semakin ku cuba untuk menghindar..
Semakin kuat pula ia hadir mencengkam sanubari...
Entah mengapa perasaan ini tibe-tiba bertandang
Bagai tetamu yang tak pernah diundang kehadirannya...

Dikala itu,aku bertanya pada dirii ini...bilakah hati ini akan terisi??
Cemburu barangkali melihat teman2 yg bahagia disamping insan tersayang
Namun,kebuntuan kerap kali datang menyapa dalam jiwa dan sanubari ini
Terkadang,aku pasrah dan berputus harap pada qada’dan qadarnya..

Ketika itu,jauh di hati kecil ku ini,aku memanjatkan doa ke hadrat Nya..

Ya Allah Ya Rahim...
Kau satukan lah lah aku dengan insan yang hati dan cintanya hanya pada Mu..
Kau berikan jua kedamaian jua ketenangan dalam dirinya untuk menyayangi diri ini..
 moga aku dan dia saling redha dalam melayari bahtera yang kan terbina satu hari nanti...

Tabahkan dan teguh kan diri ini...dan hindarkan lah diri ku dari berbuat perkara yang dilarang agama..
Kau kurniakan lah jua insan insan yang sentiasa mengingati dalam agama Mu...
Pimpinlah aku..moga aku akan menjadi hambaMu yang taat pada perintah Mu..
Jua menjadi wanita dan mudah2an bakal isteri yg mentaati suaminya ....

Moga satu hari nanti sinar kebahagiaan yang ku idamkan dapat terlaksana akhirnya,
Dan noktahnya tidak akan berhenti didunia...bahkan bertaut hingga ke syurga nan abadi...

Cik iza@izzul shuhada’...1:01 PG..24 /JUN/2010

Friday, March 11, 2011

k.e.m.b.a.r.a n.a.s.y.i.d b.e.r.m.u.l.a.d.i.s.i.n.i

assalamualaikum..tinta bertukar warna,hehe..hari ni,cik iza nk bercerita mcm mn boleh ter'jebak' dgn dunia nasyid ni..Segalanya bermula dgn satu kebetulan..mesti korg pelik kn?al kisahnya bermula pd tanggal 22 mei 2010..pada mulanya mmg x terduga pun nk join program nie asalnya niat nk join prog ni nk jmpe dgn seseorg.(korg agak2 sape?)ha..nama org yg cik iza nk jmpe sgt2 tu nama nya  Adam el Farees b Ahmad Fadzli.(kecit lg bdknya),Nama prognya plk Kau Dihati ku. 3.Bukan program suka2,tp program sukarelawan yg melibatkn antara 2 buah fan club nasyid iaitu Komuniti Teman Inteam dan Sahabat Unic(Unic & Inteam pun ada jgk hee).Idea asal prog ni sbnrnya milik  Kti..ktorg dr SU ni cme mnumpng je..(huhu).Program ni dijlnkn di Kompleks Penyayang Bakti Sg Buloh..Mmg mula2 tu segan sgt nk join ,tp,ada org asyik suruh dtg..dan org itu adalah abg Fadzli Unic..borak2 &smbg2 kat Ym..dia pun Approach laa sy utk dtg,dh alang2 mmg niat nk jmpe si kecik tu..apalagi..berangkat lah ke sana dgn seorg lg shbt zahratul iman namanya..Sesampainya disana dpt la kwn2 baru..mmg best la..mcm2 aktiviti yg diadakan..dr pagi sampai petang...yg paling best nya sy dpt menjaga si kecik yg jd rebutan ramai lg comel..Adam..(maceh akk& abg).Bermula ptg itu,slps tamat program tu..kami dipanggil utk berkumpul oleh Unic..dan kalau korg2 yg nak tahu..disini lah nama Famili Unic tercipta..mngntikn yg lama Sahabat Unic..kalau shbt biasa sgt..kalau guna famili baru nmpk erat..:-) kat sini jugak ajk dilantik..pengerusinya sdr Jamal Rafaie,yg mesra dipanggil abg long oleh kami..Keseluruhan ajk semuanya 15 org..yg dibahagikn pd team muslimin dan muslimat.Dari sini lah langkah tercipta bersama shbt2 tersayang..nak tgk gambar2 spnjang program..??Insyaallah,Kau Dihati ku siri 4 bakal dilaksanakn bln 5 ni..jom ramai2..meriahkannya!!prkmbgn lanjut boleh tgk di website www.komunititemaninteam.com.my

a.l.b.i n.a.d.a.k by f.a.r.e.s

assalamualaikum..dtg balik..hik3..kenapa pilih font merah sbg tulisan??nk tahu ke?sebabnya sy nak bercerita tentang lagu cinta arabic yg agak berhantu,nie...mcm aa seram sgt ye x?..tajuknya albi nadak(dlm bahasa melayu nya seruan hatiku) sy secara kbtulan je dgr lagu ni..punya lah pyh nk mncari yg siap ada subtitle nya.klu korg  nk thu lagu ni menceritakan betapa indahnya kisah sebuah percintaan.tp ini bukan kisah cinta biasa tau..tp kisah cinta dr seseorg yg mngharapkan kasih hatinya itu mnjadi sang solehah(bg yg lelaki la),klu prmpuan mesti nk cari lelaki yg soleh ye kan?) yg didambakan...mnjadi setia,dan inginkan seluruh hidup dan hayat nya bersama yg dikasihinya..alangkah indahnya...(opss da masuk kes berangan dh nie..):p..kalau dapat jodoh yg macam tu mesti best kan..kan...study pun x habis lagi apa daa...hakikat jodoh tu ditgn Nya..
mana tau esok ke lusa dtg jodoh tu...kalau ikut falsampah sy(bukan faLsafah yer)..cinta itu terkadang boleh jd trsgt indah tetapi,kdg2 boleh jadi sgt kejam...cinta itu kdg2 rasanya manis bak gula, dan enak sperti madu,tetapi boleh jadi pahit bak hempedu dan x best rasanya mcm petai..hahaha.. kalau nk bercinta tu kena pandai2 la..ukur baju di badan sdri...sy xde la comel ke kiut mana pun  biasa2 je pun orgnya..insyaallah jodoh tu x dtg dr langit tau..tp kena ada ikhtiar dan usaha.anda buat anda dpt..cewahhh..apa2 pun hopefully korg enjoy yer lagu nie..slmt mndgr..klu nak nanges pun bole je...:-)..jmpe lagi nanti...tata...

buat ke sekian kalinya.....

Buat sekian kalinya aku menulis dilaman blog ku ini...jarang nak update..tp bila fikir-fikir balik,nak aja aku buat blog nie,mcm personal diary..hehe..nak share dgn semua2 tentang aktiviti terbaru yg aku sdg usaha dan laksanakan..almaklum sjalah bz mengalahkan menteri..selain bz dgn assgnmnt, turut bz sbg biro publisiti kelab nasyid di kptm kl..yg secara x langsung mcm p.r..(huhu)susah gakz.
pd msa yg sama aktiviti kelab dh pun diapprove kan..syukur sgt2. tp.budget kne reduce(geram lah jugak)..penat berdebat dlm tuh ngn pihak HEP.adoii..yg latest,4 & 5 .3,aku join program pemudahcara fasilitator dgn abg2 trsyg dr kumpulan nasyid Unic.mmg gila gempak +masyuk program tuh..mahal xpe asal berbaloi dgn ilmu yg aku dapat..berharga sgt2.lagipun dpt jumpa kwn2 baru yg pelbagai ragam..hehe...syg sgt kat korang..dlm pada masa yg sama program ni mngajar aku utk yakin pd kebolehan sdri..mmg pemalu kaw2 sblumnya..tp berkat sokongn drp team famili Unic , brjaya ku atasi kelemahan itu..terasa ukhuwahfillah yg erat da trjalin..lebih2 lg group aku yg diberi nama Care 4..(idea janaan ketua kumplan aku..yg agak cute gakz..nama nya muhd afif).pnh jmpe dia dlm prog KTI sblum nie..cme malu nk tegur..overall semuanya brjln lancar dr mula smpi habis..nk citer kt sini bnyk sgt..takut x larat korg nk baca..hahaha..insyaallah ada masa kita bersua disiri yg akan dtg(mcm drama lah pulak..)

Tuesday, November 2, 2010

Jalinan Ukhuwah - Ukhuwahfillah Sepanjang Zaman -


Hari ni ana nak bercerita tentang komuniti yang dah hampir 3 tahun rasanya bertapak dan memilki sejumlah followers yg agak besar sbnrnya.Dahulunya..ia dikenali sebagai Komuniti Jalinan Ukhuwah{IKIMFM}..namun yang demikian,ujian demi ujian menimpa..benarlah bagai dikata..setiap perkara baik pasti ada halangannya...
Pelbagai perkara yg terjadi namun,keampuhan,kegigihan serta semangat yg dpamerkan oleh pemilik KJU ini amat ana kagumi.Manakan tidak bermacam2 perkara termasuklah di' hacked' oleh individu tertentu serta penghantaran imej2 yg kurang sopan sedikit sebanyak menganggu operasi KJU secara tidak langsung....Namun kini,alhamdulillah..KJU telah kembali dgn wajah baru, yg lebih dinamik dan versatile.Meskipun tidak lagi bernaung dibawah nama IKIM,akan tetapi sokongan padu tetap diberikan oleh rakan2 yg sekian lama bersama diadalam komuniti ini...Mudah2an niat yg suci murni ini bakal mendapat redha ilahi..atas dasar menyatukan hati2 dibawah nama dakwah islamiah.Selaras dgn motto yg dipegang oleh komuniti ini..Ukhuwahfillah Sepanjang Zaman..:) 

Monday, October 11, 2010

Perigi Mencari Timba | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Perigi Mencari Timba | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Assalamualaikum buat teman2 yang ana kasihi..untuk ke sekian kalinya ana menulis di ruangan maya ini..masa yang ada amat membataskan ana untuk menulis..apa pun dikesempatan masa yang senggang ini..ana ingin mencoretkan sesuatu.Tatkala menatap artikel dalam i luv islam{tajuk ini} membuatkan ana berfikir sejenak,bukan mudah rupanya untuk membina sebuah mahligai yang bergelar rumahtangga.Rupanya banyak lagi yang perlu ana fikirkan Apatah lagi memikul amanah sebagai seorang ibu dan isteri..Mesti ada yang bertanya,ana sudah mahu berkahwin kah?Semestinya tidak..belum tiba masanya lagi :) Jika diajukan tentang persediaan ,ana rasakan bahawa ilmu yang ada didada masih belum cukup mantap lagi...Namun demikian seandainya takdir Allah itu menentukan..ana sendiri tidak mampu menolak nya bahkan menerima dengan setulus dan redha hati..
Sekian untuk nukilan ini..sekadar luahan dan isi hati.......

Wednesday, September 29, 2010

catatan pertama ku dilayar ini..

Hari ini tanggal 29.September 2010,maka terbukalah satu lembaran baru dalam kehidupan ku.Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran dilimpahkan kepada Allah s.w.t.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.& para sahabat serta keluarga baginda.Pada tanggal keramat ini ingin ana kongsikan keterujaan bersama sahabiah2 sekalian..Tepat jam 8.45 malam,akhirnya ana berjaya menghasilkan blog yg ana idam2kan selama ini..Hakikatnya..dalam diri rasa takut menyelubungi diri..Manakan tidak,selama ini,ana suka membaca tulisan2 dari blog rakan2 serta penulis yang ana kagumi..Tiba2 dgn izin Allah ana menulis dilayar ini...Didalam ana berfikir panjang utk menghasilakn blog yg x seberapa ini...banyak juga sokongan yg ana terima daripada teman2 yg sudah lama bergiat dlm dunia blogging ini..antaranya Sdr Jamal Rafaie dan Fitri Johari.Lantunan serta cetusan rasa mereka menimbulkan sedikit rasa cemburu dalam diri...Apa tidaknya konotasi2 se yg mereka gumakan dlm blog mereka sudah cukup menimbulkan respons dan impak pada pembaca serta followers setia blog mereka..
Apa pun,masih banyak lagi yg perlu ana pelajari utk berblogging ini..Dengan izin yg maha Esa mudah2an usaha ana tidak hanya hangat2 tahi ayam semata tetapi memberi impak dan kesan pd pembaca..InsyaAllah..sekian saja utk kali ini..kita jumpa lagi ya..Wa ilal liqa~ :-)