Tuesday, November 2, 2010

Jalinan Ukhuwah - Ukhuwahfillah Sepanjang Zaman -


Hari ni ana nak bercerita tentang komuniti yang dah hampir 3 tahun rasanya bertapak dan memilki sejumlah followers yg agak besar sbnrnya.Dahulunya..ia dikenali sebagai Komuniti Jalinan Ukhuwah{IKIMFM}..namun yang demikian,ujian demi ujian menimpa..benarlah bagai dikata..setiap perkara baik pasti ada halangannya...
Pelbagai perkara yg terjadi namun,keampuhan,kegigihan serta semangat yg dpamerkan oleh pemilik KJU ini amat ana kagumi.Manakan tidak bermacam2 perkara termasuklah di' hacked' oleh individu tertentu serta penghantaran imej2 yg kurang sopan sedikit sebanyak menganggu operasi KJU secara tidak langsung....Namun kini,alhamdulillah..KJU telah kembali dgn wajah baru, yg lebih dinamik dan versatile.Meskipun tidak lagi bernaung dibawah nama IKIM,akan tetapi sokongan padu tetap diberikan oleh rakan2 yg sekian lama bersama diadalam komuniti ini...Mudah2an niat yg suci murni ini bakal mendapat redha ilahi..atas dasar menyatukan hati2 dibawah nama dakwah islamiah.Selaras dgn motto yg dipegang oleh komuniti ini..Ukhuwahfillah Sepanjang Zaman..:) 

Monday, October 11, 2010

Perigi Mencari Timba | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Perigi Mencari Timba | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Assalamualaikum buat teman2 yang ana kasihi..untuk ke sekian kalinya ana menulis di ruangan maya ini..masa yang ada amat membataskan ana untuk menulis..apa pun dikesempatan masa yang senggang ini..ana ingin mencoretkan sesuatu.Tatkala menatap artikel dalam i luv islam{tajuk ini} membuatkan ana berfikir sejenak,bukan mudah rupanya untuk membina sebuah mahligai yang bergelar rumahtangga.Rupanya banyak lagi yang perlu ana fikirkan Apatah lagi memikul amanah sebagai seorang ibu dan isteri..Mesti ada yang bertanya,ana sudah mahu berkahwin kah?Semestinya tidak..belum tiba masanya lagi :) Jika diajukan tentang persediaan ,ana rasakan bahawa ilmu yang ada didada masih belum cukup mantap lagi...Namun demikian seandainya takdir Allah itu menentukan..ana sendiri tidak mampu menolak nya bahkan menerima dengan setulus dan redha hati..
Sekian untuk nukilan ini..sekadar luahan dan isi hati.......

Wednesday, September 29, 2010

catatan pertama ku dilayar ini..

Hari ini tanggal 29.September 2010,maka terbukalah satu lembaran baru dalam kehidupan ku.Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran dilimpahkan kepada Allah s.w.t.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.& para sahabat serta keluarga baginda.Pada tanggal keramat ini ingin ana kongsikan keterujaan bersama sahabiah2 sekalian..Tepat jam 8.45 malam,akhirnya ana berjaya menghasilkan blog yg ana idam2kan selama ini..Hakikatnya..dalam diri rasa takut menyelubungi diri..Manakan tidak,selama ini,ana suka membaca tulisan2 dari blog rakan2 serta penulis yang ana kagumi..Tiba2 dgn izin Allah ana menulis dilayar ini...Didalam ana berfikir panjang utk menghasilakn blog yg x seberapa ini...banyak juga sokongan yg ana terima daripada teman2 yg sudah lama bergiat dlm dunia blogging ini..antaranya Sdr Jamal Rafaie dan Fitri Johari.Lantunan serta cetusan rasa mereka menimbulkan sedikit rasa cemburu dalam diri...Apa tidaknya konotasi2 se yg mereka gumakan dlm blog mereka sudah cukup menimbulkan respons dan impak pada pembaca serta followers setia blog mereka..
Apa pun,masih banyak lagi yg perlu ana pelajari utk berblogging ini..Dengan izin yg maha Esa mudah2an usaha ana tidak hanya hangat2 tahi ayam semata tetapi memberi impak dan kesan pd pembaca..InsyaAllah..sekian saja utk kali ini..kita jumpa lagi ya..Wa ilal liqa~ :-)